Salam sayang buat muslimah yg disayangi Allah...
Dan salam ukhwah buat ummah seisinya...
Entri kali ni khas buat renungan muslimat yg bercita-cita tinggi utk menjadi wanita solehah (bidadari) di bumi dan syurga...
Insya Allah, moga dipermudahkan...
Allah itu cantik
dan sukakan kecantikan. Dia menjadikan makhluknya juga cantik. Tidak
hilang kecantikan disisi Allah walaupun diberi kepada semua makhluknya.
Cantiknya ahli syurga ialah sepertimana cantiknya nabi Yusuf,
fizikalnya pula seperti saiz badan Nabi Adam, umurnya seperti umur Nabi
Isa iaitu 33 tahun. Tidak mempunyai bulu di badan, tidak bermisai atau
berjanggut, kecuali Nabi Ibrahim sahaja yang berjanggut.
Yusuf dikurniakan separuh kecantikan dunia (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas).
Cantiknya
bidadari pula dikatakan sehingga kalau sehelai rambut bidadari jatuh ke
dunia, manusia boleh menjadi gila (dengan keharuman baunya, gila
kerana mencari punca bau itu sepertimana lelaki mencari punca bau
perfume wanita).
Jika seorang
bidadari memandang ke bumi dari tempat tinggalnya di langit, semua
jarak di antaranya akan dipenuhi cahaya dan bau harum. Wajah seorang
bidadari lebih cemerlang daripada cermin, dan seseorang boleh melihat
bayangannya sendiri di pipi bidadari. Sumsum tulang keringnya dapat
dilihat mata.
Dalam satu
riwayat...Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat
sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya.
Kecantikan
bidadari hanya dapat dilihat oleh suaminya sahaja kerana bidadari hanya
tinggal di rumah masing-masing dan tidak keluar darinya:
Ar-Rahman [72] Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing.
Bidadari itu pula
hanya melihat kepada suaminya sahaja: Ar-Rahman [56] Di dalam
Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu
(kepada mereka semata-mata),
Namun kecantikan isteri (perempuan dunia yang solehah) sebenarnya 700 kali lebih cantik berbanding bidadari syurga.
Kalau cantiknya
bidadari pun tidak terbayang dengan akal fikiran, jauh sekali hendak
membayangkan cantiknya syurga, apalagi hendak membayangkan betapa
cantiknya Allah.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw.,
beliau bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku
yang soleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah
didengar oleh telinga serta tidak terlintas di dalam hati manusia
Dari Anas bin
Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Di dalam syurga terdapat
sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin
bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka,
menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah.
Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah
cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, “Engkau sungguh-sungguh
tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku.” Jawab
isterinya, “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu
tambah indah pula sekembalimu.
Allah jadikan muka bidadari 4 warna:
1-Putih 2-Hijau 3-Kuning 4-Merah
Semuanya boleh berubah mengikut citarasa Penghuni Syurga.
Allah jadikan
badan Bidadari daripada KASTURI dan AMBAR. Rambut daripada SUTERA. Dari
bahagian lutut sehingga ke dada daripada KASTURI dari bahagian dada
sehingga ke leher daripada AMBAR. daripada leher hingga ke kepala
daripada KAPUR.
Itulah asal
kejadian Bidadari yang lebih cantik kejadianya manusia yang bentuk
daripada Tanah. Pasti perubahan kejadian sekarang lebih cantik daripada
manusia yang kita lihat begitu cantik sedangkan asalnya daripada tanah
yang tidak bernilai.
Jika Bidadari
meludah ke dunia air ludahnya menjadi Kasturi.Jika diludah ke laut air
laut akan mejadi tawar. Allah telah menulis pada dada Bidadari
nama-nama bakal yang memilikinya bersama nama Allah sebagaimana NAMA
ORANG YANG TELAH MELAKUKAN MAKSIAT WALAUPUN SEDIKIT TELAH TERTULIS DI
PINTU NERAKA. Sebab itulah Rasulullah yang Ma’sum tidak ingin melakukan
maksiat agar nama tidak tertulis di salah satu pintu NERAKA.
Sebelah tangan
Bidadari berhias 10 gelang Emas Syurga. Setiap jari -jemari disarung
cincin permata. Bidadari memakai gelang permata lu’lu’ pada
kakinya.Bidadari dalam Syurga dipanggil Al-Aina ‘ العيناء .
Rasulullah meminta umatnya beribadat sepertinya kerana Rasulullah juga menyintai Bidadari.
Ibnu Masud Meriwayatkan:
Setelah Allah
jadikan Syurga, Allah arahkan Malaikat Jibril melihat kejadian Syurga,
lalu Malaikat Jibril mengelilingi Syurga, Apabila Bidadari tersenyum
pada Malaikat Jibril, Syuga Adnin menjadi terang-benderang lalu
Malaikat Jibril sujud pada Bidadari yang disangkakan Nur Allah, lalu
Bidadari berkata : Wahai Aminullah angkatlah kepalamu.Maha Suci Allah
yang telah menjadikan aku. Aku dicipta adalah untuk mereka yang
sentiasa memilih keredhaan Allah apabila diberi pilihan dalam sesuatu
perkara.Aku bukanlah untuk mereka yang sentiasa memilih NAFSU semasa
diuji.
Rasulullah
melihat Para Malaikat sedang membina Istana daripada Emas dan Perak
didalam Syurga tiba-tiba Para Malaikat berhenti membina Istana tersebut
kerana hamba Allah yang sedang berzikir telah berhenti berzikir.
Allah akan
mengahwinkan orang yang benar-benar berpuasa, yang berpuasa zahir dan
batin di dalam Khemah Permata Putih di dalam Syurga ” حور مقصورات فى
الخيام “
Disediakan juga untuk Bidadari dan Isteri Solehah:
1-70 Helai pakaian
2-70 Katil dari permata Yaqut Merah berserta 70 permaidani dan 70 orang khadam wanita. .
3-Setiap wanita akan dibantu seribu Khadam yang memegang Talam Emas yang sedia berkhidmat untuk orang-orang yang soleh.
Keistimewaan untuk Orang-orang yang Soleh yang berpuasa:
1-Khadam yang sedia mengurut setiap kesakitan yang telah dirasai di dunia semasa menunaikan puasa.
2-Seribu Dulang
Emas untuk menyediakan makanan yang diidamkan oleh orang-orang soleh
yang telah melaksanakan ibadat puasa dengan sempurna.
Begitulah Allah
SWT menghargai Orang telah berpuasa dengan segala anggotanya dan tidak
berhari-raya dengan kelakuan binatang yang melompat-lompat di khalayak
ramai sambil menyebut nama-nama kuih yang mereka idamkan… meraka
merasakan pemergian Ramadhan suatu kebebasan dan boleh bermaksiat
kembali… sedangkan orang-orang soleh akan merasa kesedihan kerana
kehilangan bulan kerahmatan,bulan keberkatan dan bulan pengampunan lalu
mereka layani perasaan mereka dengan takbir dan Tahmid memuji Ilahi.
Biarlah hanya Bangsa Yahudi yang menjadi MONYET DAN KERA.. jangan ada bangsa lain didunia yang juga menjadi monyet dan kera.
Indahnya
ciptaan Allah yg berada di bumi dan di syurga. Bagitu indahnya
janji-janji Allah buat hamba-hambaNya yang beriman...
Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Ilmu adalah amanat Allah yang harus disampaikan. Kekeliruan tidak lebih daripada kebodohan saya sebagai penyampai, semoga ampunan Allah Maha Luas.
Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil Hikmah-Nya ...
Silahkan DICOPAS atau DI SHARE jika menurut sahabat note ini bermanfaat ....
0 Komentar